Saturday 14 May 2011

Lagu baris pagi 4

Lagu Keunggulan Terbilang

Bersama kita menjulang
Keunggulan terbilang
Ke mercu jaya kita usaha
UTM puncak letaknya

Martabat keilmuan
Cendekiawan beriman
Cekal bersama taqwa
Menara cita-cita

Kami anak kandung
UTM rimbun bernaung
Usaha kami bukti cintamu
Dikau persada ilmu

Keazaman perjuangan
Taqwa dan Iman

Ke arah kecemerlangan
Perundingan penulisan
Pembelajaran penyelidikan
Perkhidmatan kepada watan

Di sini kami berdiri
Setia pada janji
Bermaruah berbudi bahasa
UTM sanjungan bangsa
UTM sanjungan bangsa 


Lagu baris pagi 3

Lagu PALAPES

Kami setia wira satria
PALAPES angkatan tentera
Siap sedia setiap masa
Untuk berbakti kepada negara

Sentiasa dihadapan cogankata
Itulah sumpah setia
Ibu pertiwi ibunda tercinta
Bekorban untuk negara dan bangsa

Kepada Allah kami berserah
Teguhkan iman semangat waja
Pantang sekali menyerah kalah
Mara hingga pastikan berjaya

Kami setia wira satria
PALAPES angkatan tentera
Siap sedia setiap masa
Untuk berbakti kepada negara

 maaf yang ni aku x jumpa lagunya

Lagu baris pagi 2

Lagu Tentera Darat Malaysia
Gagah dan Setia

Tabah dan Perkasa

Itulah Cogan Kata

Tentera Darat Malaysia


Gempur-Gempur Wira

Maju-Maju Mara

Rela Berkorban Jiwa

Untuk Negara Dan Bangsa


Hutan Rimba Lembah Desa

Memburu Musuh Durjana

Tidak Gentar Mara Bahaya

Pantang Undur Tetap Mara


Gempur Wira Bergelora

Semangat Untuk Perwira

Jasad Mungkin Gugur Di Rimba

Kami Tetap Gagah Setia


Gempur-Gempur Wira Maju-Maju mara

Rela Berkorban Jiwa 
 Untuk Negara Dan Bangsa

Lagu baris pagi 1

Lagu Tentera Benteng Pertahanan Negara
Kamilah Angkatan Tentera Malaysia

Yang Taat Dan Setia

Sanggup Berkorban Walau Apa Sahaja

Untuk Negara Dan Bangsa

Tentera Benteng Pertahanan Negara

Tentera Lambang Perkasa

Biar Putih Tulang Jangan Putih Mata

Pantang Undur Tetap Mara

Darat Laut Dan Juga Udara

Sentiasa Terpelihara

Membujur Lalu Melintang Patah

Harapan Musuh Di Musnah

Tentera Benteng Pertahanan Negara

Tentera Lambang Perkasa

Biar Putih Tulang Jangan Putuh Mata

                                                       Pantang Undur Tetap Mara..

Derap

wah pejam celik aku hampiri majlis pentauliahan
setelah hampir tiga tahun mengabdikan diri pada latihan
sudah sampai masanya aku akan ditauliahkan
manyak syok oh I bagitau you

bukan senang nak senang
ungkapan yang selalu meniti dimulat pegawai kadet dan jurulatih
x kiralah time training berat atau pun time santai
ungkapan yang benar-benar dirasai dan dirindui satu masa nanti

hari ini aku prepare barang nak pegi latihan senin ni berlangsung selama 3 minggu
x lama pun kan,tapi sangat menyeksakan bagi orang yang x biasa
mana x nye bangun pagi pukul 5.30 siap-siap pukul 6.30 dah baris
sampailah petang tu pun kalau jurulatih bagi balik (dapat tidolah)

Ini jalan yang aku pilih
x dapat join ATMA join PALAPES pun ok pe

sebenarnya aku memang x sabar nak training ni
sebab lepas ni banyak kawad habis lah hitam aku nanti
biarlah orang kata aku anak keling sekali pun aku tetap aku
biar putih tulang jangan putih mata

apa yang sedihnya aku dengar kali ini x da pertandingan akan diadakan
bola tampar,8 km dan bola jaring.
kurang serilah nampaknya kali ni.
ape pun kita semua kene prepare mental dan fizikal mana tau
ada perubahan disaat-saat akhir ni

hope sahabat seperjuangan batch 19 sudah bersedia untuk latihan kali ni
walaupun tidak ramai yang akan melapor latihan 3 minggu ni
dan x lupa pada yang LI wat yang terbaik dan jaga nama baik company
Good luck guys

Lagu tema Darah Satria

Tuesday 10 May 2011

No Ending

Ngelak moto langgar train.
ngelak train langgar lori .
niat baik jadi lain.
trima jer lah dol apa nak jadi.

sekarang skrip cerita aku makan kusut
lepas ni aku x da dah nak ngelak
aku nak langgar jer
sebab aku bwak jentolak.

aku kene sekolah dengan mak aku rini
dia kata aku lembik sangat dengan pompuan
apa aku ni x ckp tegas ker
bila dok pikir balik memang ada betulnya

Dia suruh aku tinggal kan pompuan
suruh cari duit kumpul harta dunia akhirat
rasa berat sangat nak wat
tapi kene wat sebab redha Allah terletak pada redha ibu bapa

Nampaknye aku kene bukak balik master plan aku semula
nak kene edit lah pulok
realistik 30 discount 28
mak aku setuju sangat cadangan tu
sebab dlu pun aku pnah propose umor 30 kat die nak nikah
so masih valid lah umor tu

cuma aku nak capai sasaran tu aku kene wat homework n fieldwork skit
yelah bukan ape nama pun org pengurusan
so kene men lah ngan SWOT, strategi dan marketing kan
bukan bisnes je pakai tu betol x.

pape pun doakan aku suksess

Sunday 8 May 2011

Nasihat dan wasiat untuk direnung bersama

 
Seorang syaikh memberikan NASIHAT kepada muridnya yang akan pergi jauh :


1) Janganlah engkau gantungkan HATI-mu kepada DUNIA kerana sesungguhnya Allah subhanahu wa ta’ala tidak menjadikan dunia ini sebagai tempaat tinggalmu (yang sebenarnya).


2) Jadikan CINTAmu kepada Allah sebab tempat KEMBALImu adalah kepada-Nya.


3) Bersungguh-sungguhlah engkau mendapatkan SYURGA, karena segala sesuatunya tidak akan didapat kecuali dengan KESUNGGUHAN.


4) Putuskan HARAPAN dari MAKHLUK karena sesungguhnya mereka itu SEDIKITPUN tidak ada KUASA di tangan mereka.


5) Rajinlah mengerjakan sholat TAHAJUD karena sesungguhnya PERTOLONGAN itu beserta QIYAMULLAIL (sholat malam)l.




Dan syaikh tadi juga memberikan wasiat yang akan membuatnya takut kepada Allah Subhanahu wa ta’ala yaitu :


1) Orang yang BANYAK BICARAnya janganlah kamu harapkan sangat KESADARAN HATInya.


2) Orang yang BANYAK MAKAN janganlah kamu harapkan sangat KATA-KATA HIKMAT darinya.


3) Orang yang BANYAK BERGAUL dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat KEMANISAN IBADAHnya.


4) Orang yang CINTA kepada DUNIA janganlah kamu harapkan sangat KHUSNUL KHATIMAHnya.


5) Orang yang BODOH janganlah kamu harapkan sangat akan HIDUP HATInya.


6) Orang yang memilih BERKAWAN dengan orang yang ZHALIM janganlah kamu harapkan sangat KELURUSAN AGAMANYA.


7) Orang yang mencari KERIDHOAN MANUSIA janganlah harapkan sangat akan KERIDHOAN ALLAH daripadanya."


Tuesday 19 April 2011

lepak melaka

السلام عليكم           
 
Hello my frenz. 3 hari ak x update blog aku ni sbb g cuti umah giant kat melaka.2 hari aku kat sana.aku grak g sana hri sbtu petang tu pun lepas habis sukaneka kos giant.bkan men penat.nak dpendekkan cte aku n giant kne handle sukaneka tu dlm 5 game gak lah pnat gak beb siap kene telur lg tu...pape pun mmg bes lyan diorang sporting gler...

Pas hbis jer skaneka tu aku ngn giant blik ke blok siap kn brang nak g melaka.bwak le ajis n akid.so ckup lh kete tu full trip.grak dlm kul 4 gak lah kua dri skudai ni.sampai je melaka exit merlimau jasin trus smbyg jamak n hntar akid blik.dah selesai ktorang pun smpi umah giant pehh.tujam bdan aku mula lah nk pnat x tau np.len cam jer rs mta ni cam ada gam.masuk umah salam bpak giant bual jap giant smbil mnum giant ajak g solat.so lpak lah kat blik.ni lah ms nye nak qada rehat pun kan.
 
hari esok nye ktorang g ronda2 bandar melaka.aku ni mmg selalu g melaka tp x selalu ronda melaka.ni kali aku kua ngn member cam2 tmpt aku g.byak gak dah berubah melaka ni bgus menteri besar melaka cam2 kemajuan die bwak.wpun antra negeri yg terkecil kat semenanjung ni.first venue ktorang g hitten yg sebelah mahkota parade tu.x silap aku lah nm die hitten.maklumlah tmpt bru bkak susah nk ingt.kat stu ktorang g usha gajet apple.fuyyyooooo skit pye canggih lah der brg die.aku tpikat tul kat satu barang ni nm die I PAD.tp x da wet x leh nk bli lh.x pe byak lg brg apple nk kua lg smpt kot kmpul wet nak bli yg baru2 ni.

hbis ktorang belek gajet tu ktorang g dataran pahlawan n mahkota parade...kat MP ktorang men panah.sbnarnye ak pun x de lah pandai men tu.tp giant yg ajar ak.leh lah pndi men skit2kan.masa byr tu aku pun bodek lh awek kat kaunter tu mntak lbih arrow tu die pun respon bek jerk dpt lah extra lg 24 jdlah.benda ni kalau dah men mmg leh addict tul lh wpunn x de lah terror pun aku men.
 
belah malam tu (malam last) mak giant masak sedap kot.ni barang mmg aku x penah rasa lagi.smpi skg skit lg prut aku.mlm tu mak die masak laut asam pedas melaka n kupang pedas.sedap x?.mmg terbek lh lauk tu.ak mkn urt perut ak tgang mlm tu hbis bpk die suh aku 3 orang ni pulun makan smpi hbis.mn x nyer kyang hbis nek bilik terbongkang cam kapal dlanda badai.

sok nyer senin ktorang blik skudai.grak g umah akid ambik die trus g singgah tpak pojek bpk giant kat cincin.bkan apa ktorang melayu kene pgang adat hormat orang tua nak blik kene salam jgn lupa.hbis tu jerk ktorang trus grak blik kut tol tangkak. sampai skudai dalam kul 7 lah gtu hampir magrib.Terima kasih kat giant sebab sudi bg lpak umah die .k tu jerk nak share,yuhuuuu.







 

Wednesday 13 April 2011

Genggam bara api sampai jadi abu

sesuai dengan tajuk ni....bile di fikir2 byak lagi yang nak kene kejar dalam hidup ni... 
kurang dari 3 bulan dari skang dah nak pentauliahan kat UTHM
tapi preparation x wat lagi kusut2.

masa tauliah nanti dah lah ada wat pertandingan kawad,bola tampar & lari 8km.
kalau kawad tu boleh lagi lah x kan dah 3 thun kawad x gti kot cuma nak repair n touch up jer skit2.
bola tampar x tau ap cte die skang.dlu rajin gak dak2 ni g latih..
tp len plak ctenye skang ni jarang dah senior g latih..cam ni skot nak menang..
dalam byk2 pertandingan ni aku lbih risau yg lari ni...
lm dah ak x training utk jarak 8km ni.klau nak lari ni mau piawai aku..
biler ni nak start training 8 km...stamina oh stamina..
nsib bek nama stamina klu sitimina dah len plak bende nye.

Ya Allah bantu lah hambamu ini..
aku percaya semua skot aku nanti mampu beri saingan dalam semua pertandingan tu ..
malu kalau kita kalah dah lah bwak nama universiti pling penting nama markas..
jadikanlah penghujung dunia kadet ni satu kenangan terindah dalam hidup di universiti ni..


Agi idup agi ngaleban

Tuesday 12 April 2011

Polis oh polis

Semalam kampus blacout mungkin sbb upgrade sub station kot.
maklumlah sjak kebelakangan ni asik trip jer karen ni.mana tak nye dah 
banyak blok baru baru siap semua nak pakai karen.pape pun ni 
semua untuk keselesaan pelajar akan datang juga.

Nak dijadikan cerita semalam aku,giant,aziz ngan sheb keluar g makan
kat hutan bandar.kta diorang sana ada chicken chop Rm5 sedap.K aku pun layan. sampai sana aku pun oder grill chicken bolehlah tahanlah.bukan senang nak dapat makan ramai2.tp setiap kali makan mesti toba x dapat ikut.sebab die skang org beso skang busy lh gud luck all da best toba.

Selesai makan x kan nak balik plak masa tu jam kul 1 pagi.So ktorang rancang g lepak stulang laut tgok view singapore.masa nak grak giant pening pale so aku suruh die tdo jerlah bia aku drive.

Ntah cam ner nak dijadikan cerita sampai jer kat jambatan kastam tu sku decide nak ikut jalan belakang g stulang.tapi salah masuk lorong moto.dh lah lorong moto plak tu g woodland.syeb yg tegur salah lorong dalam hati aku ckap I say man pulak depan tu adalah mat pacak 3 orang dok pgil2 ktorang.aku pun apa lagi reverse lah sbb dah terlajakke depan kan.mat pacak tu pun cam bese lah dok wat research die ni aku taip lh skit perbualan apa yang aku ingt malam tadi....

aku        :assalamualaikum (dalam gelabah tu sempat beradab lg tu hehe)
pacak    :korang nak g mana ni.tau x ko ni dah salah lorong.ni lorong moto tau x.
aku        :ktorang nak g stulang.maaf lah kitorang x pasan ni lorong moto (pdahal dah nmpk tu lorong moto)
pacak 1 :jalan ni nak g woodland awak tau x salah dah ni...

tiba2 pacak sorang lagi suh parking depan moto diorang tu. aku pun parking.

pacak 2 :kuakan Ic ngan lesen
aku        :weh ni nak kuakan bat c ker Ic ni (ak cakap ngn member dalam kete)
kawan   : pakai bat c pun boleh.(tapi aku cari x jumpa gelabah nye pasal kn tp ada jer dalam tu)
aku        :nah ni jer yg saya ada (bg ic ngn lesen)
pacak 2 :keje ke
aku        : student encik
pacak 2 :kat ner
aku        :Utm sekudai
pacak 2 :semua ni student
aku        :ye encik semua

pacak 2 tu pun dok belek aku nye barang td.ntah x puas hati sampi  pacak1& 3 pun die panggil suruh tgok.

pacak 1  :korang ni semua orang melaka ker (kebetulan kete tu flat melaka)
aku         :ye encik smua melaka  (aku pun x tau np die tye aku gtu sdgkn  ic  aku org johor)
pacak 1    :ada org ganu sini
aku          :ada encik yang belakang ni (sambil tunjuk ke aziz)
pacak 1    : mu duk mana (senyum)
aziz         :saya kat bukit payung
pacak1     :haaaaaa (gelak kecik).k ni saya nak awak wat u turn awak kua kat                     depan sana nt kawan saya tahan kete.
aku          :terima kasih encik...

aku pun u turn ikut ap yang die suruh n trus blah dr situ.pehhhhh malam tu mmg bes.pengalaman berharga.giant yg ngantuk pun boleh sedar.ktorang glak besar mlm tu.lepas dr situ aku ktorang lepak kat stulang laut then kat mamak baru lh blik kampus tgok bola.sampai kampu dalam kul 3.tu jelah nak share....
pape pun terima kasih pada mat pacak 3 org tu sebab lepas kn ktorang ni n sentiasa menjaga keselamatan negara.kesian diorang kene jg pagi2 buta kat situ berembum tgalkn keluarga demi tugas .syabas n trus berkhidmat.

Monday 11 April 2011

26/12 dan dot dot

Disini ada sedikit peristiwa yang dapat aku cari tentang 26 disember.
Tahun 1500-2000:

26 Dec 1861 gempa bumi di Egion, Yunani
26 Dec 1932 gempa bumi di Kansu, Cina, 70.000 orang tewas
26 Dec 1939 gempa bumi di Erzincan, Turki, 41.000 orang tewas
26 Dec 1949 gempa bumi di Imaichi, Jepun
26 Dec 1979 gempa bumi di Carlisle, Inggris
26 Dec 2004 Tsunami di acheh



"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal" - Al-Imran 190



sebenarnya banyak peristiwa hitam yang berlaku pada tarikh 26 ni.tapi aku letak yang berkaitan dengan tarikh lahir aku jerlah... Kalau korang x percaya searchlah kat tenet ni dan kalau nak tau lebih lagi bacalah alquran juzuk 26 suran as-syu'aara

Tuesday 5 April 2011

Kenangan semasa di UTM Semarak

                                                    
Tadi aku saja tengok gambar-gambar lama aku.Tengah tengok tu aku ternampaklah gambar time diploma dulu.
Gambar satu & dua ni masa aku sem 3 kalu x silap aku.Ni masa pisen subjek corporate marketing.Wah ni pun aku ingat antara pisen aku yg terbest aku penah wat sepanjang aku belajar.
Masakan tidak en shafie (lecturer) bagi task suruh develop product untuk
dipasarkan (simulasi jerk).Tu jam aku din & nua pun duk fikir apa lah nak
nak wat ni.Macam-macamlah kua aku pun x ingat dah apa dia.last skali
kitorang sepakat nak develop product yang berteknologi hasilnye kita
wat gabungan pen,pendrive & laser pointer pehhhh.cam ner lah nk gabung tukan.Pe lagi kita designlah guna autocad dengan develop marketing plan.Bayangkanlah pen cam parker tu nak sumbat barang-barang ni.Lepas je pisen kene jadi panel utk group wari.aduh yg ni pun lawak group smua laki tapi wat barang pompuan (tuala wanita) lagi plik design diorang.Cam ner design tu rahsia & sangat pelik. 
 
Gambar tiga ni,masa hari raya pas pegi umah nua pegi plak umah Z kat klang.Jauh beb dr KL nak pegi Klang konvoi moto plak tu cam Azroi gile2 remaja.Gambar ni kat masjid benti solat zohor jap sebelum jalan masuk kampung Z.Dari bawah kiri zul,mukhlis,wari,faris & mini.Atas kiri korang dah taukan sapa.



Gambar last ni masa hari-hari penghujung aku diploma.Budak kelas aku wat program g Pulau Pangkor.Semua seksyen 28 join ada gak yg x dapat atas sebab-sebab yg x dapat dielakkan.Saat ni paling manis masa diploma semua enjoy kitorang duk dalam dorm semestinya asing laki pompuan kita wat jungle treking,snokling,kayak dan tarik tali.Ntah bile lagi dapat kumpul cam ni lg.

Ni semua dalam kenangan banyak lagi sebenarnya gambar diploma aku.Harapan semua member diploma ni nantidapat keje yang baik-baik dan dapat berbakti pada negara.Setakat tu je nak tulis

Monday 4 April 2011

Siapa tau unit amanah?

Apa benda unit amanah ni.boleh makan ker.
Ya hari ni aku nak kongsi satu ilmu yang aku tau.
Unit Amanah atau ada yg panggil unit trust dan mutual fund ni
ialah satu pelaburan seperti mana yg bese kt dengar cam Amanah Saham Bumiputera (ASB) yg sgt terkenalpada golongan bumiputera.Dimana segala wang pelaburan kita tu nt akan dikumpulkan mengikut jenis dana yg dipilih bersama beberapa pelabur yg len untuk diurus oleh pengurus-pengurus dana yg professional dalam bab2 pelaburan ni.Tapi kemana die nak labur tu?
Hmmm.... k pengurus-pengurus dana tu nanti akan laburkan dalam beberapa potfolio yg berpotensi seperti ekuiti,bond,pasaran wang dan mana-mana aset yg dibenarkan oleh suruhanjaya sekuriti.Kalau korang nak melabur nanti korang kene tanye consultant korang tu byk2 sampai korang paham.diorang x kan marahnye berapa banyak nak tye.Sebab dalam pelaburan ni ada macam-macam kite perlu tau dari segi patuh shariah sampai lah ke area yg kt ske dengar semestinya projection income.Nak memelih dana mestilah kene tau samada kt ni mampu tanggung risiko yang cam ner. sebab dana2 pelaburan ni ada gak perangai die tersendiri.Besenye klu nak cpt kaya ambik lah yg high risk semestinya jantung anda perlu kuat heheheh.. tp kalu nak yg bese jer boleh plih yg sederhana sahaja
risikonye.ok lah rasanya sampi sini sahaja dlu aku kongsi ada banyak lagi akan menyusul
thank u guy
Bayangkan duit-duit yg korang laburkan ni tumbuh cam pokok atas ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...